Assalamualaikum.
Dah malam begini, baru berpeluang mengadap komputer untuk memasukkan resepi menu tengah hari tadi, iaitu Sotong Kari Masala. Dah lama tak masak menu menggunakan sotong ini. Maklumlah sotong sekarang pun dah mahal. Kalau beli yang fresh sekilo mencecah sehingga RM22 sekilo. Tetapi kalau yang tak berapa fresh dapatlah dibeli dengan harga RM17.00 sehingga 18.00 sekilo. Teruja apabila tengok sotong yang fresh ini, tetapi itulah kena fikir dua tiga kali, sebab kalau nak beli sekilo memang tak cukup. Sekali dihidang, dah tinggal kuah. Kalau difikir-fikirkan lebih baik beli ayam aje.... Tetapi disebabkan teruja dengan kesegarannya, maka beli jugalah walaupun RM22 sekilo. Hari itu Kak Noor beli 1.5 kilo. Saiznya sederhana dan banyak ekor jugalah.... puas hati sebab ada telur di dalamnya. Tetapi bila dah masak, alamak dah tinggal sikit; sotong dah kecut!
Cara memasak sotong kari masala ini lebih kurang sama juga seperti masak sotong kari, cuma dalam resepi ini ada tambahan bahan iaitu rempah masala. Untuk menerbitkan rasa manis kepada kuahnya, Kak Noor blend 2 biji bawang besar lagi untuk dijadikan air bawang. First time masak kari dengan menambahkan air bawang ini, kuahnya memang sedap. Petua ini Kak Noor pelajari dari laman web Mamak Haji Roslan yang memang terkenal dengan masakan lauk nasi kandar.
1 ½ kilo sotong saiz sederhana
1 biji tomato ranum – dipotong kiub
2 biji bawang besar – dikisar dengan 1 cawan air, dijadikan air bawang
3 – 4 biji ubi kentang – dipotong dua atau tiga bahagian
2 biji cili hijau atau cili merah
1 cawan santan sawit KHALIS, dicampur dengan 2 bahagian air
1 cawan santan sawit KHALIS, dicampur dengan 2 bahagian air
Garam, gula dan serbuk perasa
Bahan-bahan dikisar (diblend):
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
4 sudu besar rempah daging jenama BABA
1 sudu besar rempah masala jenama BABAS
1 sudu kecil serbuk cili
Air secukupnya
Bahan-bahan dikisar (diblend):
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
4 sudu besar rempah daging jenama BABA
1 sudu besar rempah masala jenama BABAS
1 sudu kecil serbuk cili
Air secukupnya
(Bahan-bahan di atas disatukan di dalam blender dan dikisar untuk dijadikan pes rempah)
Bahan-bahan ditumis:
3 biji bawang merah – dihiris
2 biji bawang putih – ditumbuk halus
Bahan-bahan ditumis:
3 biji bawang merah – dihiris
2 biji bawang putih – ditumbuk halus
2 inci halia - ditumbuk halus
1 batang serai – dititik
2 tangkai daun kari
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Minyak secukupnya
1 batang serai – dititik
2 tangkai daun kari
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Minyak secukupnya
Cara-cara membuatnya:
1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis serai, halia dan bawang putih sehingga naik wangi kemudian baru masukkan bahan-bahan tumis yang lain. Setelah bawang kekuningan, masukkan pes rempah (bahan-bahan yang telah dikisar) dan kacau rata. Masak sehingga rempah terbit minyak/garing (semasa proses ini, periuk hendaklah ditutup)
2. Setelah terbit minyak masukkan tomato ranum yang telah dipotong kiub dan air bawang. Kacau dan masak selama lebih kurang 1 minit.
3. Kemudian tuangkan santan. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa. Biarkan kuah mendidih, baru dimasukkan ubi kentang. Masak sehingga ubi kentang 3/4 masak.
4. Selepas itu masukkan sotong. Setelah sotong masak dan ibu kentang empuk, bolehlah ditutup api.
5. Akhir sekali masukkan cili hijau. Tutup periuk supaya aroma kari terperangkap di dalam periuk.
No comments:
Post a Comment