Bahan-bahan A : (Disatukan dan diperap)
600 gram daging isi - (dihiris nipis-nipis atau dipotong kecil)
1 bungkus (40 gram) perencah lada hitam Maggi
1 sudu kecil lada hitam kasar
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar gula perang
Bahan-bahan B (ditumis):
Minyak untuk menumis
1 labu bawang besar - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
2 inci halia - dimayang
Setangkai daun kari
Bahan-bahan lain:
4 biji ubi kentang - dikupas kulit dan dipotong wedges
2 sudu besar sos cili thai
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos lada hitam sarawak
2 labu bawang besar - dihiris bulat
3 - 4 helai daun limau purut - dikoyak-koyakkan
Beberapa biji cili padi saiz besar
Daun sup/daun bawang
Gula dan garam secukupnya
Cara-carannya:
1. Perapkan bahan-bahan selama 30 minit.
2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan B sehingga naik bau dan kekuningan.
3. Masukkan bahan-bahan A yang telah diperap tadi. Masukkan air secukupnya dan kacau rata. Masukkan sos cili thai, kicap manis, dan sos lada hitam dan kacau lagi. Masak sehingga daging empuk. Sekiranya air kering dan daging belum empuk, boleh tambahkan air lagi.
4. Setelah daging empuk, masukkan ubi kentang. Perasakan dengan garam dan gula. Sekiranya anda mahukan kuah lebih, boleh tambah air. Masak sehingga ubi kentang empuk.
5. Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar, daun limau purut, daun sup/daun bawang, dan cili padi. Kacau hingga bawang agak layu, angkat dan hidangkan. Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment