Dengan bahan-bahan yang ada, Kak Noor gabungkan ubi kentang dan sosej keju untuk menjadi satu masakan `faveret' anak-anak. Boleh diratah begitu sahaja dan boleh juga dimakan dengan nasi. Masakan pun ada 2 in 1 tau! Apa pun kita masak apa yang menjadi kegemaran anak-anak. Kalau anak x suka, siapa nak makan.... membazir aje... last sekali masuk tong sampah. Kesian makanan tu.... berdosa kata anak Kak Noor yang bongsu tu. Ustazah kata Tuhan marah bila kita membazir bu!
Membebel pula Kak Noor kat sini ye! Ok jom kita ceghite pasal resepi pulak Sebenarnya resepi amat mudah sangat dan sesiapa pun boleh membuatnya berpandukan resepi seperti di bawah.
Selamat mencuba...
Bahan-bahan Untuk Digoreng:
· 6 biji ubi kentang – ubi kentang dikupas kulitnya dan dipotong wedges. Gaulkan dengan serbuk kunyit, serbuka lada hitam, dan sedikit garam. Ketepikan seketika.
· 1 paket (300 gm) sosej keju Ayamas - Sosej dipotong kecil (anggaran 3 bahagian)
Bahan-bahan Lain:
1 labu bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih – dihiris
2 senduk nasi cili kering kisar
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili thai manis
2 sudu besar kicap manis
Gula perang/gula putih/garam/serbuk perasa (jika suka)
Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
Bawang goreng
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ubi kentang dan sosej sehingga masak. Ketepikan.
2. Tinggalkan sedikit minyak did alam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau dengan sedikit kekuningan.
3. Kemudian masukkan cili kering kisar dan masak sehingga cili garing dan terbit bau.
4. Masukkan sedikit air dan kacau rata. Masukkan pula sos tiram, sos cili thai, kicap manis, gula perang, gula putih, garam, dan serbuk perasa. Kacau rata dan masak sehingga kuah mendidih.
5. Akhir sekali masukkan ubi kentang dan sosej yang telah digoreng tadi. Kaup balikkan sehingga
6. Semasa menghidang, bolehlah ditaburkan bawang goreng.
No comments:
Post a Comment