Petang-petang hujung minggu begini alangkah baiknya kalau ada juadah kuih manis untuk minuman petang bersama keluarga. Teringat biji sagu yang agak lama `terperap' di dalam peti ais lebih daripada sebulan. Dari sehari ke sehari nak buat kuih sagu, tetapi tak jadi-jadi walaupun kuih ini tersangat mudah untuk membuatnya.
Teruja bila singgah di N.A. Kitchen tengok gambar kuih sagu ini. Tanpa berlengah-lenggah lagi Kak Noor bangun dan terus menyediakannya. Sukatan yang digunakan oleh N.A. Kitchen bagi penyediaan kuih sagu ini memang elok. Kejadian teksturnya lembut dan senang dipotong, dan rasanya sama macam kuih sagu yang pernah Kak Noor makan semasa zaman kanak-kanak.
Mari kita tengok bahan-bahannya.
Bahan-bahannya:
2 cawan sagu - Kak Noor guna biji sagu warna merah yang dibeli di pasar raya1 cawan gula
3 cawan air
Pewarna merah - Kak Noor guna pewarna sirap ros
Daun pandan - disimpul
Kelapa parut (gaul dengan sedikit garam)
Cara-cara:
1. Rendam sagu selama 10 minit dan toskan.
2. Masukkan air, gula, pewarna, dan daun pandan di dalam periuk, Masak sehingga air mendidih.
3. Masukkan sagu dan kacau sehingga kembang
4. Apabila sagu telah kembang , angkat dan masukkan kedalam acuan
5. Apabila sejuk bolehlah dipotong dan balik-balikkan di atas kelapa parut tadi.
6. Sedia untuk dihidangkan

No comments:
Post a Comment