Kak Noor namakan mi goreng ini mi goreng daging sebab Kak Noor letak banyak isi daging sebagai perencahnya. Kebiasaannya bila masa mi goreng, Kak Noor suka letak taugeh banyak-banyak. Tetapi kali ini tiada sayuran yang diletakkan. Bagi orang-orang yang tidak makan sayur, seperti adik bongsu Kak Noor, sudah tentu akan menggemari resepi ini.
Bila masak mi goreng tanpa sayur ini, pertama sekali teringat kat adik lelaki bongsu yang tinggal di Alma Bukit Mertajam. Selalunya bila bonda menggoreng mi, bonda akan menggoreng dua kali. Satu yang ada sayur untuk keluarga dan satu lagi tidak ada sayur special untuk adik Kak Noor. Kalau ada sayur, dia akan pilih sayur dan buang ketepi. Sehingga sekarang walaupun dah jadi bapa orang, masih macam tu juga.
Bahan-bahannya:
1 bungkus mi basah
200 gm is daging dihiris halus
1 labu bawang besar dicincang kasar
3 ulas bawang putih dicincang kasar
1 biji tomato dicincang kasar
1 senduk nasi cili kering kisar
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil garam (garam tidak letak banyak disebabkan mee sememangnya telah masin)
Garam dan serbuk perasa (sekiranya suka)
Minyak untuk menumis
Untuk hiasan:
1 biji cili merah dihiris
Potongan timun
Daun salad
Cara-carannya:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan dan naik bau.
2. Kemudian masukkan cili kering kisar dan masak cili sehingga garing dan terbit minyak.
3. Masukkan 1 cawan air dan kacau rata. Kemudian masukkan cincangan buah tomato dan sos tiram, gula dan serbuk perasa, dan garam. Biarkan kuah mendidih di atas dapur agar semuanya sebati.
4. Selepas itu masukkan daging. Sekiranya air kering, boleh tambahkan air dan masak sehingga daging empuk.
5. Sekiranya inginkan mee goreng basah, pastikan kuah tidak kering. Sekiranya kering boleh tambah air lagi.
6. Akhir sekali masukkan mee dan kaupbalikkan sehingga semua bahan sebati dan mee masak.
7. Tutup api dan semasa menghidang, bolehlah dihiaskan dengan daun salad, timun, dan cili merah.
8. Kalau mee basah, sedap dimakan semasa panas lagi. Jangan tunggu sampai kembang.
No comments:
Post a Comment