Sunday, February 24, 2013
Sup Campur (Bunga Kobis, Ubi Kentang dan Karot)
Bahan-bahannya:
400 gram bunga kobis
1 biji ubi kentang saiz besar
1 biji karot
1/2 biji tomato - dipotong kiub kecil
Batang sup
Soun - direndam sehingga kembang dan ditoskan
2 ulas bawang putih - dicincang
2 biji bawang kecil - dihiris
1 sudu besar udang kering - direndam dan ditoskan
Serbuk lada hitam
1/2 kiub ayam
Garam secukup rasa
1 sudu besar minyak untuk menumis
Air secukupnya untuk sup
Bawang goreng
Cara-cara Memasaknya:
1. Bunga kobis dipotong kecil dan direndam dengan garam seketika untuk membuang kotoran sekiranya ada. Kemudian dibersihkan.
2. Ubi kentang dan karot diparut separuh, bakinya dipotong bulat.
3. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang putih, bawang kecil dan udang kering sehingga naik bau. Kemudian masukkan air secukupnya diikuti dengan kiub ayam, garam, dan serbuk lada hitam. Masak sehingga sup mendidih.
4. Kemudian masukkan potongan karot dan ubi kentang. Bila telah agak empuk, masukkan pula parutan ubi kentang dan karot, tomato yang telah dipotong kiub, batang sup dan soun. Kacau rata dan masak sehingga sup mendidih.
5. Tutup api. Semasa menghidang bolehlah ditaburkan bawang goreng.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment