Pagi tadi sebelum pergi kerja, Kak Noor sempat menyediakan spaghetti goreng sebagai sarapan untuk kanak-kanak Kak Noor. Kak Noor cuma guna bahan-bahan yang tersedia ada di dalam peti ais sahaja Sebab itulah Kak Noor namakan resepi ini sebagai Spaghetti Goreng Bonda, kerana bahan-bahan yang digunakan untuk menyediakan spaghetti goreng ini adalah mengikut citarasa dan idea logik Kak Noor... pakai campak aje...tetapi hasilnya sedap jugak (kes masak sendiri, puji sendiri lah ni...)
Dapatlah juga Kak Noor bawa ke pejabat untuk kawan-kawan rasa. Apapun pastinya licin.... Alhamdulillah.
Sekarang kita tengok pula bahan-bahan yang Kak Noor gunakan untuk menyediakan spaghetti goreng ini.
Spaghetti ½ paket (jenama ikut suka) 100 gram daging – dipotong kecil dan nipis
½ biji lobak merah – dihiris memanjang
2 biji bawang merah – dihiris/dimayang
3 ulas bawang putih – dihiris/dimayang
2 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos spaghetti perasa cendawan jenama Kimball
2 keping keju – dipotong kecil (Kak Noor guna jenama Mother Choice)
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil lada putih
Daun bawang/daun sup – dihiris halus
Bawang goreng
Gula dan garam
Minyak untuk menumis
Cara-cara memasak:
- Rebus spaghetti sehingga kembang. Semasa merebus, letak minyak sedikit supaya tidak melekat. Toskan dan ketepikan.
- Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih. Bila telah naik bau masukkan cili kering kisar. Masak sehingga cili garing.
- Kemudian masukkan daging dan kacau rata. Tambah air sedikit dan masak sehingga daging empuk
- Selepas itu masukkan sos tiram, sos spaghetti, gula, dan garam. Jika sos kering, tambahkan sedikit air lagi. Masak sampai mendidih.
- Masukkan lobak merah dan kacau sekejap sehingga sebati dengan sos.
- Kemudian bolehlah dimasukkan spaghetti. Taburkan lada hitam, lada sulah, dan potongan kecil keju.
- Gaul rata semua bahan sehingga sebati.
- Padamkan api dan bolehlah dihidangkan. Semasa menghidang boleh taburkan bawang goreng, daun sup, dan daun bawang.
No comments:
Post a Comment