Hari ini telah masuk seminggu kita berpuasa. Mungkin berasa keletihan sedikit sebab cuaca di luar amat panas sekali. Kalau semasa di pejabat sejuk aje... rasa air con. Bila dah keluar pejabat, barulah terasa kepanasannya. Semuanya dugaaan daripadaNYA. Kalau hari ini kita tidak tahan menghadapinya, bagaimana pula semasa di padang Mashyar nanti, panasnya seakan-akan matahari berada sejengkal dari kepala kita.
Bagi ibu-ibu yang bekerja di pejabat pada bulan Ramadhan ini, tentu terasa penat. Semuanya nak `rushing' balik awal sebab ada tugas khas yang masih menanti di rumah, iaitu menyediakan juadah berbuka puasa untuk keluarga. Topik yang selalu menjadi perbincangan hangat sesama ibu di pejabat `nak masak apa hari ni ye!’ Pening juga memikirkan apa yang hendak dimasak untuk keluarga pada setiap hari. Bagi ibu-ibu yang kepenatan, mungkin mengambil jalan mudah semasa berbuka puasa nanti iaitu membeli lauk-pauk `instant’ yang dijual di gerai sahaja. Pelbagai lauk pauk dan kuih-muih ada, main tunjuk-tunjuk aje…. Kemudian bayar. Dah siap pun hidangan untuk berbuka puasa…. Balik rumah, dapatlah rehat sebentar sementara menanti waktu berbuka.
Tetapi ada juga ibu-ibu walaupun kepenatan bekerja seharian di pejabat, masih wajib memasak untuk keluarganya. Kemungkinan kerana suami atau anak-anak memang tidak gemar dengan masakan luar. Walaupun ringkas masakannya atau sekadar telur dadar telah cukup untuk mereka menikmatinya. Bagi keluarga Kak Noor, tak berapa kisah sangat. Ada kalanya beli dan ada kalanya masak sendiri.
Bagi ibu-ibu yang bekerja Kak Noor nak kongsi resepi yang boleh dikatakan ringkas juga untuk memasaknya. …. iaitu Tomyam Ayam Ala Thai. Kak Noor gunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah sahaja. Mari kita tengok resepinya.
Bahan-bahannya:
Beberapa ketul daging ayam dipotong kecil
3 sudu besar pes tomyam Thai
Beberapa helai daun limau purut
2 batang serai – dititik
5 – 6 biji cili padi - diketuk
1 sudu besar sos ikan
2 sudu besar susu pekat
2 biji limau nipis – diperah dan diambil jusnya
Garam secukup rasa
1 labu bawang besar – dipotong bulat
Bunga kobis
Lobak merah – dipotong bulat
1 batang daun saderi – dipotong pendek
1 biji buah tomato
6 batang crab filament stick - dipotong pendek
(Banyaknya penggunaan sayur terpulang kepada citarasa masing-masing)
Penyediaannya:
1. Masukkan air secukupnya bersama pes tomyam, serai, limau purut, dan cili padi. Kacau dan masak sehingga mendidih.
2. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam empuk.
3. Perasakan dengan garam, susu pekat, sos ikan, dan jus limau nipis. Kacau rata. Akhir sekali masukkan bunga kobis, lobak merah, bawang besar, buah tomato, batang saderi dan crab filament stick. Biarkan sebentar sehingga mendidih, dan kemudian tutup api

4. Bolehlah dihidangkan. Sedap dimakan sewaktu tomyam masih panas.
No comments:
Post a Comment