Assalamualaikum...
N3 Kak Noor kali ini ialah Sambal Terung. Ringkas menu ini kan! Bila masa tidak mengizinkan kita lama-lama berada di dapur, inilah cara paling mudah untuk menyediakan sambal terung. Paling menjimatkan masa sekiranya anda mempunyai stok sambal belacan yang lebih di dalam peti sejuk. Kak Noor suka membuat sambal belacan dalam kuantiti yang banyak dan simpan di dalam tupperware dan masukkan di dalam peti sejuk. Bila nak makan, ambil sahaja. So... inilah cara mudah yang ingin dikongsikan bersama-sama untuk N3 kali ini. Jom kita tengok resepi mudah sambal terung ini.
Bahan-bahannya:
5 biji terung pendek - dibelah dua
*4 sudu besar sambal belacan
Segenggam udang kering - direndam, dibersihkan, dan ditoskan.
1 sudu teh kicap manis
1 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
*Sekiranya tiada sambal belacan, gunakan bahan-bahan berikut untuk bahan sambal.
5 biji cili merah
3 biji cili padi merah
Sedikit belacan
Air secukupnya
(Bahan-bahan ini disatukan dan diblend lumat terlebih dahulu)
Cara-caranya.
1. Terung dibersihkan dan dibelah dua. Kemudian digaramkunyitkan.
2. Panaskan kuali. Letakkan sedikit minyak. Masukkan terung dan masak sehingga terung lembut. Ketepikan.
2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih dan udang kering sehinggga kekuningan. Kemudian masukkan sambal belacan atau bahan-bahan dikisar tadi. Masak sehingga sambal sedikit garing.
3. Masukkan sedikit air. Perasakan dengan garam, gula, serbuk perasa dan kicap manis. Masak sehingga kuah mendidih.
4. Setelah cukup rasa, bolehlah dimasukkan terung. Kaupbalikkan sehingga terung disaluti sambal.
5. Tutup api dan bolehlah dihidangkan.
No comments:
Post a Comment